Monday, 15 July 2013

Cara-cara mengenalpasti barangan tiruan.

Langkah-langkah :

1) dapatkan maklumat mengenai barangan asli. Maklumat boleh didapati melalui internet, majalah, surat khabar, televisyen dan lain-lain media masa. Antara maklumat yang perlu diselidik ialah pengedar utama, harga, dan label.

2) melihat sendiri bagaimanakah produk asli tersebut dengan pergi ke tempat pusat membeli belah atau di mana-mana tempat yang menjual produk yang ingin kita selidiki.

3) buat perbandingan berdasarkan maklumat yang telah diperolehi mengenai produk tersebut. Misalnya dari segi harga , rupa , dan pembungkusan produk .


Friday, 12 July 2013

Langkah-langkah mengelakkan penipuan penjual online.

 Langkah-langkah yang boleh diambil sebelum membuat pesanan ialah :

1) Telefon penjual dan buat rundingan, bertanya segalanya tentang barang tersebut.

2) Jangan membayar kepada penjual yang tidak dikenali. Walaupun mereka memberi nombor akaun bank untuk anda deposit, tetapi masih belum pasti selamat atau tidak.

3)Jangan terlalu percaya pada barangan dengan harga terlalu rendah jika dibandingkan dengan harga semasa.

4)Abaikan penjual jika dia memaksa anda mendepositkan duit pada akaun bank mereka.

5)Jangan memberikan nombor akaun bank dan kad kredit pada orang tidak dikenali.
Cari maklumbalas pembeli, sama ada penjual boleh dipercayai atau tidak.

6)Baca syarat pembelian dengan teliti dan fahamkan.

7)Cara paling berkesan. berjumpa sendiri dengan penjual tersebut. buat COD ( cash on delivery ). Amat berkesan 100%. lihat sendiri barang tersebut dan buat keputusan sama ada bertepatan dengan citarasa atau tidak. 

Wednesday, 10 July 2013

AWAS PRODUK TIRUAN ! Jus Mate 5 dan DR.II diciplak !






JITRA, 4 Feb (HPM) – Menciplak atau meniru hasil karya orang lain sudah menjadi lumrah dalam dunia perniagaan.

Itulah yang dihadapi oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din apabila Jus Mate 5 dan DR-II telah diciplak oleh manusia yang bergelar lanun.

Terdapat seorang pelayar laman ‘Facebook’ yang menyatakan bahawa beliau menjumpai produk ini dijual dengan harga yang jauh lebih murah dengan menggunanakan bahan yang hampir sama.

Menurutnya lagi, kesan dan rasanya pun sama sehinggakan jenama produk juga sama.

Ejen terbabit yang menjual produk tiruan itu turut menyatakan bahawa produk itu adalah dari Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM).

Pengedar lain turut menyatakan masalah yang sama. Ada pengedar memberitahu bahawa terdapat banyak Jus Mate 5 tiruan di pasaran.

Nasihat kepada pengguna, anda perlu berhati-hati kerana produk tiruan kerana kemungkinan ada mengandungi bahan terlarang dan hal ini boleh memudaratkan kesihatan anda. Pastikan anda membeli produk HPM dari pengedar yang sah sahaja.

Sumber Asli : drHPM.com

Wednesday, 3 July 2013

Hak-hak pengguna



1)Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

2)Hak untuk mendapatkan keselamatan

Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

3)Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

4)Hak untuk membuat pilihan

Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

5)Hak untuk bersuara

Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

6)Hak untuk mendapatkan ganti rugi

Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

7)Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

8)Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

Monday, 1 July 2013

AWAS ! SHAPE PLUS TIRUAN !


Pengguna bijak pasti dapat membuat pilihan yang tepat. Kecantikan badan yang bakal mengundang penyakit , atau kecantikan badan yang selamat dan sihat ?