Tahukah anda apakah kesan sekiranya anda mengambil ubat tiruan yang tidak diluluskan? Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan ubat tiruan sebagai produk tiruan yang disengajakan dan berlakunya penipuan label, pengenalan untuk menjadikannya seakan-akan yang tulen. Ini termasuklah kandungan dan kuantiti yang salah serta pemalsuan pembungkusan.
WHO menganggarkan sebanyak enam hingga sepuluh peratus iaitu bersamaan USD 35 bilion (RM 121.36 bilion) ubat -ubatan yang berada di pasaran dunia adalah tiruan . Angka tersebut adalah lebih tinggi di beberapa negara terutamanya di negara-negara sedang membangun di seluruh dunia. Statistik rampasan ubat tidak berdaftar oleh penguatkuasa Bahagian Perkhidmatan Farmasi, kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 adalah sebanyak 344 produk ubat-ubatan tiruan daripada 17,768 jumlah rampasan.
Risiko penyakit pengambilan ubat tiruan :
ubat tiruan dikatakan berbahaya kerana boleh mengakibatkan peningkatan kos rawatan dan menghidap penyakit lambat atau sukar sembuh . Pengguna turut terdedah kepada bahaya bahan racun terkawal atau bahan tercemar. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada risiko menghidapi pelbagai penyakit seperti masalah buah pinggang, tulang rapuh, darah tinggi dan lumpuh. Ini kerana ubat tiruan yang mengandungi logam berat dan bahan asing yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang pengguna.
Lebih teruk, kesan ubat tiruan itu turut boleh mengakibatkan gangguan pemikiran otak. Kegagalan fungsi otak akibat pengambilan ubat tiruan boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengawal pergerakan tubuh mereka walaupun pergerakan yang kecil seperti menulis.
Ubat -ubatan tiruan sebenarnya tergolong dalam kategori racun yang boleh membawa maut kerana mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan arsenik. Sebagai contoh, jika seseorang itu mengambil ubat batuk tiruan yang mengandungi steroid, kesan yang mungkin dihadapi ialah tulang rapuh, muka bengkak dan darah tinggi.
Bagaimana mengenal pasti ubat tiruan ?
Antara langkah awal bagi mengenal pasti ubat tiruan adalah melalui pemerhatian kepada bungkusan luar seperti kotak ubat , bentuk dan rupa ubat serta kandungan ubat . Biasanya kualiti pada cetakan, bahan kotak, rupa bentuk ubat dan sebagainya pada ubat tiruan adalah pada tahap rendah. Belilah ubat - ubat dari pengedar yang sah dan boleh dipercayai.
Bagaimana mengenal pasti ubat berdaftar dan tulen ?
untuk memastikan produk ubat berdaftar dan tulen, perhatikan label pembungkusan pada kotak atau pembalut ubat dan pastikan ia mempunyai maklumat lengkap seperti nama pengeluar, pengilang, tarikh pembungkusan, tarikh luput, dan paling utama nombor pendaftaran serta hologram meditag KKM. Alat dekod meditag telah dibekalkan KKM secara percuma kepada kebanyakan farmasi di seluruh negara bagi membolehkan pengguna memeriksa ketulenan hologram KKM pada bungkusan ubat. Setakat ini, KKM telah mengedarkan meditag ke semua farmasi yang berdaftar dengan KKM.
sumber:
Utusan Online
Sekian sahaja info untuk kali ini. Anda pengguna bijak ? Berhati-hatilah dalam memilih ubat dan ikuti langkah keselamatan di atas. Jika anda mengikuti langkah di atas, anda pasti seorang pengguna yang bijak ! (:
Sekian, terima kasih.