Monday, 15 July 2013

Cara-cara mengenalpasti barangan tiruan.

Langkah-langkah :

1) dapatkan maklumat mengenai barangan asli. Maklumat boleh didapati melalui internet, majalah, surat khabar, televisyen dan lain-lain media masa. Antara maklumat yang perlu diselidik ialah pengedar utama, harga, dan label.

2) melihat sendiri bagaimanakah produk asli tersebut dengan pergi ke tempat pusat membeli belah atau di mana-mana tempat yang menjual produk yang ingin kita selidiki.

3) buat perbandingan berdasarkan maklumat yang telah diperolehi mengenai produk tersebut. Misalnya dari segi harga , rupa , dan pembungkusan produk .


Friday, 12 July 2013

Langkah-langkah mengelakkan penipuan penjual online.

 Langkah-langkah yang boleh diambil sebelum membuat pesanan ialah :

1) Telefon penjual dan buat rundingan, bertanya segalanya tentang barang tersebut.

2) Jangan membayar kepada penjual yang tidak dikenali. Walaupun mereka memberi nombor akaun bank untuk anda deposit, tetapi masih belum pasti selamat atau tidak.

3)Jangan terlalu percaya pada barangan dengan harga terlalu rendah jika dibandingkan dengan harga semasa.

4)Abaikan penjual jika dia memaksa anda mendepositkan duit pada akaun bank mereka.

5)Jangan memberikan nombor akaun bank dan kad kredit pada orang tidak dikenali.
Cari maklumbalas pembeli, sama ada penjual boleh dipercayai atau tidak.

6)Baca syarat pembelian dengan teliti dan fahamkan.

7)Cara paling berkesan. berjumpa sendiri dengan penjual tersebut. buat COD ( cash on delivery ). Amat berkesan 100%. lihat sendiri barang tersebut dan buat keputusan sama ada bertepatan dengan citarasa atau tidak. 

Wednesday, 10 July 2013

AWAS PRODUK TIRUAN ! Jus Mate 5 dan DR.II diciplak !






JITRA, 4 Feb (HPM) – Menciplak atau meniru hasil karya orang lain sudah menjadi lumrah dalam dunia perniagaan.

Itulah yang dihadapi oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din apabila Jus Mate 5 dan DR-II telah diciplak oleh manusia yang bergelar lanun.

Terdapat seorang pelayar laman ‘Facebook’ yang menyatakan bahawa beliau menjumpai produk ini dijual dengan harga yang jauh lebih murah dengan menggunanakan bahan yang hampir sama.

Menurutnya lagi, kesan dan rasanya pun sama sehinggakan jenama produk juga sama.

Ejen terbabit yang menjual produk tiruan itu turut menyatakan bahawa produk itu adalah dari Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM).

Pengedar lain turut menyatakan masalah yang sama. Ada pengedar memberitahu bahawa terdapat banyak Jus Mate 5 tiruan di pasaran.

Nasihat kepada pengguna, anda perlu berhati-hati kerana produk tiruan kerana kemungkinan ada mengandungi bahan terlarang dan hal ini boleh memudaratkan kesihatan anda. Pastikan anda membeli produk HPM dari pengedar yang sah sahaja.

Sumber Asli : drHPM.com

Wednesday, 3 July 2013

Hak-hak pengguna



1)Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

2)Hak untuk mendapatkan keselamatan

Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

3)Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

4)Hak untuk membuat pilihan

Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

5)Hak untuk bersuara

Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

6)Hak untuk mendapatkan ganti rugi

Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

7)Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

8)Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

Monday, 1 July 2013

AWAS ! SHAPE PLUS TIRUAN !


Pengguna bijak pasti dapat membuat pilihan yang tepat. Kecantikan badan yang bakal mengundang penyakit , atau kecantikan badan yang selamat dan sihat ? 

Monday, 24 June 2013

SENARAI NAMA JENAMA TIRUAN .

Mungkin sesetengah pengguna tidak perasan dengan jenama barangan tiruan yang mereka beli. Mungkin juga ada sesetengah pengguna yang langsung tidak mempedulikan hal ini. Tetapi saya yakin, sekiranya anda PENGGUNA BIJAK, anda pasti akan berwaspada ketika membeli. Pilihan di tangan anda. Kualiti atau harga barang yang menjadi pilihan anda ?

Ada beberapa jenama barangan tiruan yang dikesan. Antaranya :

1. EVEREADY = EVERYDAY  (bateri)
2. NIKE: JUST DO IT = NIKI: JUST FOR YOU  (beg sekolah)
3. adidas = asadi / abibas / asida (selipar)
4. levi's = live's / elvi's (jeans)
5. nokia = nokla (telefon bimbit)
6. olay = okay (syampu rambut)
7. KFC = KLG / KFG (restoran makanan segera)

berasal dari jenama ALL STAR

berasal dari KFC (Kentucky Fried Chicken)
berasal dari PUMA 

berasal dari NIKE
sekian sahaja info kali ini. Anda tidak mahu duit anda melayang membeli jenama tiruan ? Anda mahu kualiti yang tinggi ? Berhati-hatilah ketika membeli. Anda pengguna bijak, anda pasti dapat membuat pilihan yang tepat ! (:

Sekian, terima kasih.

Saturday, 22 June 2013

AWAS ! UBAT TIRUAN PEMBUNUH DALAM SENYAP !



Tahukah anda apakah kesan sekiranya anda mengambil ubat tiruan yang tidak diluluskan? Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan ubat tiruan sebagai produk tiruan yang disengajakan dan berlakunya penipuan label, pengenalan untuk menjadikannya seakan-akan yang tulen. Ini termasuklah kandungan dan kuantiti yang salah serta pemalsuan pembungkusan.

WHO menganggarkan sebanyak enam hingga sepuluh peratus iaitu bersamaan USD 35 bilion (RM 121.36 bilion) ubat -ubatan yang berada di pasaran dunia adalah tiruan . Angka tersebut adalah lebih tinggi di beberapa negara terutamanya di negara-negara sedang membangun di seluruh dunia. Statistik rampasan ubat tidak berdaftar oleh penguatkuasa Bahagian Perkhidmatan Farmasi, kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 adalah sebanyak 344 produk ubat-ubatan tiruan daripada 17,768 jumlah rampasan.

Risiko penyakit pengambilan ubat tiruan :
ubat tiruan dikatakan berbahaya kerana boleh mengakibatkan peningkatan kos rawatan dan menghidap penyakit lambat atau sukar sembuh . Pengguna turut terdedah kepada bahaya bahan racun terkawal atau bahan tercemar. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada risiko menghidapi pelbagai penyakit seperti masalah buah pinggang, tulang rapuh, darah tinggi dan lumpuh. Ini kerana ubat tiruan yang mengandungi logam berat dan bahan asing yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang pengguna.

Lebih teruk, kesan ubat tiruan itu turut boleh mengakibatkan gangguan pemikiran otak. Kegagalan fungsi otak akibat pengambilan ubat tiruan boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengawal pergerakan tubuh mereka walaupun pergerakan yang kecil seperti menulis.

Ubat -ubatan tiruan sebenarnya tergolong dalam kategori racun yang boleh membawa maut kerana mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan arsenik. Sebagai contoh, jika seseorang itu mengambil ubat batuk tiruan yang mengandungi steroid, kesan yang mungkin dihadapi ialah tulang rapuh, muka bengkak dan darah tinggi.

Bagaimana mengenal pasti ubat tiruan ?

Antara langkah awal bagi mengenal pasti ubat tiruan adalah melalui pemerhatian kepada bungkusan luar seperti kotak ubat , bentuk dan rupa ubat serta kandungan ubat . Biasanya kualiti pada cetakan, bahan kotak, rupa bentuk ubat dan sebagainya pada ubat tiruan adalah pada tahap rendah. Belilah ubat - ubat dari pengedar yang sah dan boleh dipercayai.

Bagaimana mengenal pasti ubat berdaftar dan tulen ?
untuk memastikan produk ubat berdaftar dan tulen, perhatikan label pembungkusan pada kotak atau pembalut ubat dan pastikan ia mempunyai maklumat lengkap seperti nama pengeluar, pengilang, tarikh pembungkusan, tarikh luput, dan paling utama nombor pendaftaran serta hologram meditag KKM. Alat dekod meditag telah dibekalkan KKM secara percuma kepada kebanyakan farmasi di seluruh negara bagi membolehkan pengguna memeriksa ketulenan hologram KKM pada bungkusan ubat. Setakat ini, KKM telah mengedarkan meditag ke semua farmasi yang berdaftar dengan KKM.

sumber: Utusan Online

Sekian sahaja info untuk kali ini. Anda pengguna bijak ? Berhati-hatilah dalam memilih ubat dan ikuti langkah keselamatan di atas. Jika anda mengikuti langkah di atas, anda pasti seorang pengguna yang bijak ! (:

Sekian, terima kasih.

Thursday, 20 June 2013

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA .



Sedarkah anda akan kewujudan tanggungjawab pengguna ? Apakah tanggungjawab tersebut ?

1)Kesedaran untuk mengkritik.
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan terhadap hak-hak pengguna.

2)Penglibatan dan tindakan.
Pengguna mestilah terlibat dan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.

3)Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

4)Bersatu Padu
Pengguna mestilah bersatu padu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.

5)Tanggungjawab terhadap alam sekitar
Pengguna mesti bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar ia dapat dipelihara untuk generasi akan datang.

Jadilah pengguna yang bertanggungjawab dan pastinya pengguna yang bijak ! Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih kerana membaca (:

Tuesday, 18 June 2013

AWAS ! PERFUME TIRUAN !

Assalamualaikum dan salam sejahtera . 

Sering kali kita dengar ramai di antara pengguna yang ditipu. Diluar tampak seperti original sedangkan didalam 100% tiruan. Ramai di antara pengguna yang tidak dapat membezakan sama ada perfume yang dijual itu original atau tiruan. Kebanyakan mereka yang menjual perfume secara 'online' mahupun 'offline' boleh meletakkan perkataan 'ORIGINAL' dengan sesuka hati. Dengan mudahnya para pengguna ditipu. Penghasilan dan penjualan barangan tiruan adalah masalah yang dihadapi di seluruh dunia. Dianggarkan lebih 10% perfume di dalam pasaran adalah tiruan. 
Perfume tiruan tidak menjalani ujian standard keselamatan yang dimestikan kepada semua produk kosmetik seluruh dunia. Untuk mendapatkan harga yang murah, sudah tentulah kandungannya juga mengandungi bahan-bahan yang murah dan akan menyebabkan alahan kepada pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif dan mungkin juga boleh meninggalkan kesan kecacatan yang nyata.
Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit tips untuk mengenal pasti antara perfume original dan perfume tiruan. Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu para pengguna daripada terus ditipu. Bagaimana anda boleh mengenalpasti bahawa ia adalah perfume tiruan atau original? 
Antara perkara yang harus diambil perhatian :
1. Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.
2. Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasa ketebalan dan kejelasan tulisannya. Perfume yang original tulisan brand perfume itu tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini bukan boleh dijadikan ukuran, tetapi biasanya perfume yang original mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.
3. Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya sebab perfume original tiada lebihan gam. Pembungkusannya amat teliti.
4. Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan, ketebalan dan warna, tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.
5. Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, Negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya sticker berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.
6. Semak Nombor Batch.
7. Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.
8. Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan design dan bentuk botol. Botol yang original adalah solid.
9. Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang original adalah tebal. 
10. Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.
11. Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.
12. Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.
13. Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.
14. Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.
15. Bar Code. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.
16. Warna perfume. Semak warna perfume sama ada ia konsisten atau pun tidak.
17. Minyak berlebihan. Perfume yang original kurang berminyak.
18. Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia ;)
19. Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.
20. Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.
21. Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai sticker produk.

22. Perfume original akan kelihatan seperti 'water-oily' tetapi perfume tiruan akan kelihatan terlalu cair seperti air. Apabila digoncang, perfume original akan menghasilkan buih yang kecil dan mengambil masa yang lama untuk menghilang manakala perfume tiruan menghasilkan buih yang besar tetapi cepat menghilang.

rujukan : impianWanita.com dan Avon Paradise.
sekian sahaja untuk tips kali ini. Terima kasih kepada yang membaca. Saya pengguna bijak ! anda bagaimana ? (: 

Saturday, 1 June 2013

Apa itu barangan tiruan ?



Barangan tiruan adalah produk yang persis seperti produk asli. Rupa barangan tiruan tidak jauh berbeza dengan produk asli dan sukar untuk kita membezakan antara yang tiruan dan yang asli. Barangan tiruan biasanya terdapat pada produk harian yang selalu kita gunakan seperti pakaian, barangan elektronik, makanan, ubat-ubatan, kosmetik dan lain-lain lagi. Oleh hal yang demikian, berhati-hatilah ketika membuat sebarang pembelian.